Sunday, April 10, 2011

BUAT 'PRINT SCREEN' SECARA MANUAL (GUNA PERKAKASAN)

ncbmzxbmzxbmx

BUAT 'PRINT SCREEN' SECARA MANUAL (GUNAKAN PERISIAN ASAS SHJ.)

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
  1. Pertama kali, tentukan terlebih dahulu gambar / skrin yang ingin anda ambil. Dalam contoh tutorial ini, saya ingin ‘snapshot’ tetingkap perisian Nero Express di desktop komputer.
  2. Pada papan kekunci (keyboard), tekan butang fn dan Insert / prt sc secara serentak tanpa melepaskannya, khususnya bagi notebook / netbook. Manakala bagi komputer desktop pula, cukup sekadar menekan butang prt sc papan kekunci.
  3. Setelah itu, buka mana-mana perisian manipulasi grafik berasaskan bitmap (seperti Adobe Photoshop, Adobe Photoshop Element, Corel Paint Shop, Windows Paint, GMP, PhotoScape dan sebagainya). Kalau nak murah, guna aje apa-apa perisian grafik asas seperti Windows Paint (yang sememangnya telah sedia terpasang dalam sistem operasi (OS) komputer anda atau GIMP (percuma) maupun PhotoScape (percuma). Dalam tutorial ini, saya menggunakan perisian Windows Paint.
  4. Tampal (paste) dalam perisian grafik berasaskan bitmap tadi (klik pada ikon paste). Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
  5. Edit mana-mana gambar / skrin yang rasa sesuai. Proses suntingan (editing) ini melibatkan proses memotong (crop), mengubah saiz imej (image size), pusing imej (image rotation / rorate) dan sebagainya. Dalam tutorial ini, saya menggunakan fungsi ‘crop’ yang terdapat pada perisian Windows Paint bagi memotong mana-mana bahagian imej yang tidak dikehendaki.
  6. Setelah berpuas hati, simpan fail yang telah diedit tadi dalam mana-mana sistem storan anda (sama ada dalam cakera keras, thumb drive, CD, DVD) dalam format tertentu (.bmp, .gif, .jpg atau .png).

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ‘SCREEN CAPTURE’ ? (WHAT’S A DEFINITION OF SCREEN CAPTURE)

Ia juga dikenali sebagai ‘screenshot’, ‘screencap’, ‘screen dump’ atau ‘print screen’. Apapun, ia membawa maksud yang sama, iaitu sesuatu imej yang diambil, dirakam atau ditampal dengan menggunakan peralatan komputer (perisian atau perkakasan) tertentu serta dipaparkan secara visual menerusi monitor, televisyen atau sebarang alatan visual lain.

PENGENALAN (INTRODUCTION)

Ada ketika & waktunya anda memerlukan kemahiran menangkap gambar (statik atau bergerak / video). Kemahiran ini begitu penting sekiranya anda ingin membuat modul / manual, tutorial, dokumen teks, material promosi / pengiklanan, bahan persembahan (presentation), lampiran untuk laman web / blog, lampiran e-mel dan lain-lain lagi. Sebenarnya, kemahiran tersebut tidaklah sesukar mana. Terdapat banyak cara / kaedah untuk meng’capture’ gambar / imej di skrin komputer anda sama ada secara manual atau automatik (terpulang pada diri anda sendiri untuk memilihnya).

Info dan tutorial asas ‘screen capture’ yang terdapat dalam blog ini hanya sesuai bagi PENGGUNA BARU / NEW USER / NEWBIE sahaja (amatur & belum 'expert' lagi. Takpe..teruskan belajar & belajar). Saya menulis blog ini pun saje-saje untuk berkongsi ilmu. Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan ilmu daripada apa jua ilmu yang kita ajari atau pelajari.

Dalam blog ini, akan dipaparkan secara ringkas tutorial berkaitan kaedah / cara untuk menangkap gambar statik atau ‘screen capture’ menggunakan kaedah manual dan automatik. Ia dihidangkan secara langkah demi langkah (step by step) beriringan dengan ilustrasi bersesuaian.

Diharap di akhir pengajaran nanti, anda sebagai PENGGUNA BARU / NEW USER / NEWBIE sekurang-kurangnya tahu asas & boleh melakukan ‘screen capture’ dengan baik. Salam perkenalan & selamat mencuba.