Sunday, April 10, 2011

PENGENALAN (INTRODUCTION)

Ada ketika & waktunya anda memerlukan kemahiran menangkap gambar (statik atau bergerak / video). Kemahiran ini begitu penting sekiranya anda ingin membuat modul / manual, tutorial, dokumen teks, material promosi / pengiklanan, bahan persembahan (presentation), lampiran untuk laman web / blog, lampiran e-mel dan lain-lain lagi. Sebenarnya, kemahiran tersebut tidaklah sesukar mana. Terdapat banyak cara / kaedah untuk meng’capture’ gambar / imej di skrin komputer anda sama ada secara manual atau automatik (terpulang pada diri anda sendiri untuk memilihnya).

Info dan tutorial asas ‘screen capture’ yang terdapat dalam blog ini hanya sesuai bagi PENGGUNA BARU / NEW USER / NEWBIE sahaja (amatur & belum 'expert' lagi. Takpe..teruskan belajar & belajar). Saya menulis blog ini pun saje-saje untuk berkongsi ilmu. Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan ilmu daripada apa jua ilmu yang kita ajari atau pelajari.

Dalam blog ini, akan dipaparkan secara ringkas tutorial berkaitan kaedah / cara untuk menangkap gambar statik atau ‘screen capture’ menggunakan kaedah manual dan automatik. Ia dihidangkan secara langkah demi langkah (step by step) beriringan dengan ilustrasi bersesuaian.

Diharap di akhir pengajaran nanti, anda sebagai PENGGUNA BARU / NEW USER / NEWBIE sekurang-kurangnya tahu asas & boleh melakukan ‘screen capture’ dengan baik. Salam perkenalan & selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment